Jadual pingat Sukan Paralimpik sepanjang masa

Ini merupakan jadual pingat sepanjang masa untuk semua Sukan Paralimpik dari tahun 1960 hingga 2020. Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa sendiri tidak menerbitkan jadual pingat sepanjang masa, dan hanya mengeluarkan jadual tidak rasmi untuk setiap temasya. Oleh itu, jadual ini disusun dengan menambahkan entri-entri individu dari pangkalan data IPC. [1] Jadual pingat ini juga merangkumi pingat yang dimenangi pada Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 bagi Orang Kurang Upaya Intelektual, yang diadakan di Madrid, yang juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Antarabangsa (ICC) dan Jawatankuasa Pengelola yang sama dengan Sukan Paralimpik Musim Panas 1992 di Barcelona (COOB'92). Namun keputusan bagi temasya tersebut tidak boleh didapati dalam Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa. [2]

Keputusan berikut dikaitkan dengan kod negara IPC seperti yang dipaparkan di pangkalan data IPC. Biasanya, satu kod negara merujuk kepada Jawatankuasa Paralimpik Nasional (NPC) negara tersebut. Bagi NPC yang mempunyai kod-kod yang berbeza, jumlah pungutan pingat akan digabungkan sekiranya berlaku perubahan kecil pada kod IPC (seperti dari RHO ke ZIM untuk Zimbabwe ) atau nama negaranya (seperti dari Ceylon ke Sri Lanka ). Oleh sebab pingat adalah diberikan kepada setiap NPC, bukan semua jumlah pingat merangkumi pingat yang dimenangi oleh atlet dari negara itu untuk NPC yang lain, misalnya sebelum kemerdekaan negara tersebut (lihat nota kaki individu untuk kes khas seperti pasukan gabungan). Nama dalam huruf miring merujuk kepada entiti nasional yang tidak lagi wujud.

  1. ^ "Results, Rankings & Records | IPC". Paralympic.org. Dicapai pada 2014-02-10.
  2. ^ "Madrid 1992 – the Paralympic Games that time forgot!". Paralympic Anorak. 25 June 2012. Dicapai pada 27 August 2021.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search